Monday, September 13, 2010

Tangisan Cinta

Andai nya dapat ku ulang semula….. suatu zaman yang bernama remaja….. akan terpelihara segala milikku hanya buatmu……

Lautan mana yang tidak bergelombang…Bumi mana yang tidak ditimpa hujan…aku sepertimu ada waktu diburu..oleh dosa2 masa nan lalu…

Diriku mawar pudar warna..tiada lagi yang istimewa…seperti persembahkan menjadi satu lambang sucinya percintaan……


Alia merenung tajam ke arah radio yang sedang mendendangkan lagu retro 80-an itu.Air mata yang di tahan2 jatuh jua ke pipi.Di sekanya cepat2.Lantas dia bangun menutup switch radio itu.Ikutkan rasa hati butanya mahu saja dia mencampak radio yang baru saja dibelinya di sebuah mall beberapa minggu yang lalu…

‘Kenapa aku terlalu mengikut kata hati??Apa yang aku dapat??Aku x ubah seperti perempuan murahan’..Bentak Alia di dalam hati..Makin di tahan makin laju air mata nya jatuh ke pipi..

“Tok..Tok!!..”

“Assalamualaikum..”

Alia terkejut dari lamunannya..Lalu diseka saki air mata yang berbaki..Ditarik nafasnya dalam2..Lalu dia membuka pintu yang tidak berkunci itu sambil menjawab salam yang diberikan....

“Waalaikumusalam..Eh Shasha..Jemputlah masuk.Maaf lambat bukak pintu..”,bersemangat Alia menjemput masuk sahabat yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi..

Shasha duduk di birai katil lalu membelek buku ‘Bidadari Syurga’ yang sedia ada di atas katil Alia..Buku itu tidak menarik minatnya..Lalu buku ilmiah itu di biar sepi…

“Alia..Kenapa mata kau merah???Baru lepas menangis eyh…Homesick ke?Relax lah kita dah nak habis satu sem pun..Tinggal beberapa minggu jer lagi”laju saja Shasha menuturkan kata2 tanpa memahami apa yang terpendam di benak sahabat baik nya itu..

“Sha!Kau nak Biskut Munchys?”Alia membiarkan persoalan Shasha dengan pertanyaan..Malas dia nak menjawab pertanyaan Shasha..Bimbang sedihnya makin menjadi-jadi.Biarlah dia menangung segala perit hatinya.

“Eh Sya,Sebenarnya aku datang ni nak ajak kau pergi jalan-jalan tengok wayang hujung minggu ni.Jom ah..Fatiha dan Salma pun nak pergi..Jom lah.Dah lama kita tak keluar sama-sama.Boleh ajak geng-geng lain join sekali..Kita pergi Time Square.Boleh main Cosmo World ”bersemangat Shasha berbicara sambil di renung Alia dengan harapan yang mengunung.

“Hmmm…ergh…er..”tersekat-sekat Alia menutur kata sambil ligat akalnya mencari idea untuk berdalih..Bukan dia tak nak keluar bersama sahabat-sahabat yang lama dikenalinya itu tetapi dia muak untuk melihat environment di mana-mana mall..Dia rimas.Apatah lagi di hujung minggu.Cukuplah selama ini dia dengan rela hati mengotori hatinya setitik demi setitik tompok hitam menghijab hatinya..

“Hmmm..Xpelah aku faham..Kau mesti nak keluar dengan Shafi kan.Tiap-tiap minggu keluar.Seminggu x jumpa mesti rindu bertakung di dada.X gitu Sya..Oklah..Aku blah dulu.Kau keluar tu jage diri.Jangan balik malam sangat..X elok.Oklah!Bye!”Shasha mendengus geram lantas berlalu tanpa sedikit pun melihat muka Alia yang dah merah padan menahan rasa.

‘Terima kasih sebab ingatkan aku Sha..Andai kau tahu………’Detik Alia dalam hati…Airmata yang x pernah bosan mengalir,jatuh jua ke pipi..Kini berteman dengan sedu dan sedan…

Cukuplah semua ini berakhir di sini.,.

Cukuplah selama ini aku sesat dalam meniti hari-hariku,..

Cukuplah selama ini aku resah memburu cinta lelaki…

Cukuplah selama ini aku mendamba cinta yang bukan hakiki…

Cukuplah selama ini aku menyembah nafsu diriku sendiri…

Cukuplah selama ini aku buta sendiri..

Cukuplah!!!!

Monolog Alia…

***************************************************************************

“Abaaaaang………Abang sayang Lia tak???” Suara Alia manja mengoda Shafie.Dilentotkan kepalanya di bahu Shafi..

“Lia!Mestilah abang sayangkan Lia..Kalau tak .Buat apa abang susah-susah datang sini..Assignment abang bertambun x siap..Tahu??”mendengus geram Shafi sambil ditarik manja hidung Alia..

“Bukti?”Alia bertanya lagi tanda ketidakpuasan hatinya..

“Bukti…hmmmmm….Abang sayang Lia..Wekk!!”menjawab Shafi malas2 sambil ditarik hidung Alia lagi lalu bangun dari bangku yang didudukinya menghadap KLCC gah kebanggaan rakyat Malaysia..

“Abang!”Alia mendengus geram..

“ok2..Abang mitak maaf k.You are the only one my dear..I love you so much baby!”Shafi cepat2 memujuk kekasih hatinya walau tutur bicaranya bukan dari sudut hati kecilnya..

“Xnak..Lia nak merajuk jugak”Lia berkeras sambil memeluk tubuhnya..Dipalingkan wajah nya jauh dari Shafi.Sikap manjanya menjadi-jadi bila di hadapan Shafi tambah2 lagi Lia anak bongsu dari 6 orang adik beradik.Sikap manjanya terbawa-bawa hinggalah dia ke menara gading.

Shafi kelihatan bengang dengan Alia..Dia menjeling sekilas ke arah kekasihnya itu..Kasihnya makin hambar..Memang menjadi kebiasaan baginya mudah bosan dengan perempuan.Hampir 8 bulan dia bersama Alia.Baginya Alia tiada keistimewaan apa-apa pun berbanding kekasih-kekasih lamanya.Dia mengasihani Alia insan yang terlalu mendambakan kasih sayangnya.Dia bingung sendiri tetapi jauh di sudut hatinya terselit rasa sayang dan cinta tapi kian pudar di mamah hari..Tambah-tambah lagi Alia kuat meradang sejak kebelakangan ini..Kekasih lamenya,Sofea pula cuba mendekati dirinya kembali..

“Sayang..X best lah macam ni.Asyik merajuk jer….Ok!Tanda sayang abang kat Lia ..Abang nyanyikan satu lagu untuk Lia…Lagu Sampai Syurga.Tapi ni bukan versi Faizal Tahir taw.Ni versi Mohd Shafi yang hensem lagi kacak yang hanya mencintai satu2nya bidadari Nur Alia Aisya..”

Pujukan Shafi benar2 mengusik jiwa Alia.Satu2 nya cinta pertama yang ditatang semarak sumpah setianya terhadap Shafi.

****************************************************************

‘Sampai syurga kumenunggu…Sampai syurga kucintamu…Hanya kamu..Dan segala yang ku ada…Kuberikan semua..Untuk dirimu saja’

Ringtone Sampai Syurga bingit kedengaran menganggu tidur Alia yang bertemankan airmata..Alia tertidur di atas hamparan sejadah usai solat Asar.Telekungnya masih kemas terpakai dan kelihatan sedikit basah dek airmata yang tidak segan silu mencurah.Alia mengusap mata yang pedih ..Telinganya giat mendengar bunyi ringtone lagu Sampai Syurga..Dia masih lagi mamai dari tidurnya tapi sedar bunyi talifon yang berirama..Dia hanya membiarkan talifon itu berirama sendiri.Dia penat.Penat dengan masalah hatinya sendiri sampai terbawa ke dalam mimpi.Shafi!Punca segalanya.

‘Segala yang ku ada ku berikan semua…Buat dirimu saja…Ku mahu dirimu…’

Talifon Alia berirama lagi.Entah untuk keberapa kali.Akhirnya Alia mengapai talifon di atas meja studynya..Di gapai lambat2 dengan harapan talifon itu berhenti mendesak untuk di angkat.Alia ingin menekan punat ‘off’ tapi dibantutkan niatnya bila tertera gambar ibunya di skrin talifon pemberian ibu dan ayah sempena kecemerlangannya dalam SPM tahun lepas.Di tekan punat hijau cepat2..

“Assalamualaikum bu.Maaf Lia...”

“Lia…Lia…Kena balik kampong sekarang…Ayah kamo tenat Lia.”Ibu Alia tercungap2 seakan tidak cukup nafasnya..

“Tenat!!.Kenapa bu..Bila ayah sakit.Ayah sakit apa??”

“Alia,..Nati ibu ceritakan.Balik malam ni!”

“Bu…Bu….Ibu…!!!”

“Tot…Tot…”Talian dimatikan..

‘Ya Allah..Adakah ini ujianMu buat hambamu yang lemah ini Ya ALLAH,,Jangan apa2kan ayah ku Ya ALLAH..Panjangkanlah umurnya Ya Allah..Terlalu banyak dosaku terhadapnya Ya Rabb’

Airmata Alia jatuh lagi,Makin laju malah sedu sedannya makin menghiasi kamar indah yang kelihatan suram seolah-olah turut berduka cita seperti Alia.Kebetulan rakan sebiliknya belum lagi pulang dari kuliah petang…

---------------------------------------------------

“Akak,tiket balik ke Kota Bharu untuk malam ni ada lagi x?”

“Maaf dik.Dah habis..”

“Betul ke Akak.Cuba tengok sekali lagi.Mana tahu ada satu yang kosong”

“Maaf dik.Tiket dah habis!”Suara jurujual itu sedikit meninggi.

Alia tunduk.Matanya berkaca.Bukan sebab jurujual itu meninggi suara dengannya tapi dia seakan berputus asa.Kesemua kaunter tiket diterjahnya.Namun jawapan hanya mengecewakannya.Dia benar2 kecewa..Jam sudah pun lewat 7.30 malam.Azan maghrib dilaungkan tanda sudah maksud waktu solat maghrib..Alia berjalan menuju Musolla yang berada di tingkat 2 Perhentian Bas Putra.Talifon yang digengam tadi bergetar buat sekalian kalinya.Semua mesej dan panggilan langsung tidak diendahkannya.Termasuklah mesej dari Shafi.Dengan kuasa Allah mengerakkan hatinya untuk membuka mesej itu.Dari kakaknya.

‘Lia..Lia kena balik malam ni jugak.Ayah baru sedar dari koma.Kata doktor biarlah ayah berjumpa dengan kesemua anaknya.Cepat2 balik Lia.’

‘Ya Allah berat rasanye ujian Mu ini Ya Allah.Adakah ini ujian untuk menguji iman aku setelah aku berjanji untuk mendambakan cintaMu Ya Allah..Kuatkanlah diriku Ya Allah..Berikanlah aku kesempatan untuk memohon ampun kepada ayahku Ya ALLAH.Terlalu banyak dosaku kepadanya..’

Deraian airmata makin mencurah-curah menemani langkah laju kakinya ke Musolla.Alia tidak menghiraukan pandangan mata yang kehairanan melihatnya..Berbaju blause dengan seluar slack hitam bertudung bawal kuning langsat secocok baju blausenya.Cukup manis bila dipandang tetapi sedih riak wajahnya tidak kepalang apatah lagi dengan sokongan airmata yang makin lebat jatuh ke pipi..

Alia redha dengan segala ketentuan Illahi..Lama dia bermunajat kepada ALLAH..Khusyuk sujudnya dengan linangan airmata yang tidak pernah bosan menyapa pipi gebunya.

‘Ya Allah..Panjangkanlah umur ayahku Ya Rabi.Aku redha dengan ketetapanMu Ya Allah..Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui atas segala sesuatu.Kuatkan diriku menempuh ujianMu ini Ya Rabb..Teguhkan imanku Ya Rahman.Andai berita buruk yang ingin Kau khabarkankan buat hambamu yang lemah ini maka kuatkan lah diriku ini.Berikanlah aku kesempatan untuk memohon ampun kepada ayah tercinta Ya Khaliq.Aku merayu kepada Mu Tuhan Yang Maha Agung..Dengarkanlah rintihan hambamu ini Ya Rabul Izati..’

Sedu sedan makin kuat kedengaran.Alia tidak peduli apa pandangan insani terhadapnya.Jiwanya sedih. Dia diburu rasa bersalah akan dosa2 yang pernah dilakukan..Dia melangkah ke kaunter tiket.Mencuba buat kali terakhir.Bibirnya berkumat kamit berdoa agar Allah memberi kesempatan buat dirinya untuk berjumpa dengan ayahanda tercinta..

“Assalamualaikum akak..Ada x tiket ke Kota Bharu untuk malam ni??”

“Waalaikumusalam…ada!Rezeki adik barangkali.Ada yang menolak tiket di saat akhir.Ini tiketnya”jurujual tiket di kaunter bas itu seakan mengerti rintihan Alia..

“Terima kasih Akak!”Alia cepat2 membayar tiket itu.Digengamnya dengan penuh maksud yang tersirat.

‘Terima Kasih Ya ALLAH.Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Terima kasih tuhanku’

Alia tidak henti2 bertasbih kepada ALLAH kerna memperkenankan doanya.Dia mengucap syukur..Setengah jam lagi bas akan bertolak ke Kota Bharu..

***************************

Indahnya ciptaanMu Ya Tuhan

Bintang2 bergemerlapan

Bulan terang benderang..

Aku kini malu sendirian Ya Tuhan

Pernah aku agungkan cinta seorang insan

Apa yang aku dapat bukanlah ketenangan

Malah keresahan berpanjangan

Aku malu kepadamu Ya Tuhan

Maksiat yang aku lakukan..

Tapi kasihmu tak bertepian..

Aku malu kepadamu Ya Tuhan..

Segala kurnian kau yang anugerahkan..

Tapi cinta insani yang aku agungkan

Berdosanya aku Ya Tuhan..

Berdosanya aku Ya Tuhan..

Monolog Alia…

********************

Deraian airmata kian mencurah.Sedihnya Alia tidak bertepi.Tidak dihirau ‘passenger’ lain yang nyenyak dibuai mimpi.Di panjatkan doa entah ke berapa kali agar dikenangkan oleh ALLAH..Dia amat berharap agar diberi peluang untuk berjumpa ayahnya.Tambahan pula pesanan ringkas kakaknya yang mengkhabarkan ayahnya selalu menyebut namanya mengalakkan lagi airmata jatuh ke pipi.Ayahnya benar-benar tenat.Kekadang Alia terpaksa menekup muka dengan tuala kecilnya agar tangisannya tidak kedengaran .Dia cuba untuk melelapkan mata.Tapi dia seakan takut akan igauan kisah cinta yang pernah diagung-agungnya.

“Abang..jangan nak mengatal lebih2 ok..Lia x suka taw!”

“Sayang..sayang x percayakan cinta abang?? Lambat laun Lia milik abang jugak..Lainlah kalau Lia xnak jadi isteri abang.Kalau xnak ramai lagi yang nak kat abang.”

“Hmm..Abang ni..Janganlah cam ni..I love you honey.You know how much I love you kan.Lia ni lemah.Jangan nak ambik kesempatan atas kelemahan Lia.”

“Sayang..Abang sayang Lia sebab tu abang….”

“Shhhhhh..Ayah call Lia.Diam taw!”

“Assalamualaikum ayah!Ayah sihat??Lia tengah study lah ayah..Esok Lia ada test..Kat mana??Ergh…Lia kat bilik lah ni.Bising??Biasalah ayah.Bunyi motor kat bawah.Oklah ayah.Nanti Lia call balik.Bye Ayah.Assalamualaikum..”

“Amboi..Lia tipu ayah yer”

“Dah tu abang nak suruh Lia cakap yang Lia tengah berasmara dana dengan abang.Abang nak ayah Lia mati sakit jantung??”

*****************

“Astaghfirullahalazim…”Alia terjaga dari lenanya.Dia mengurut-urut dadanya..Nafasnya naik turun.Semua kenangan itu menjadi mimpi ngerinya.Kelihatan penumpang sebelahnya turut terjaga.Kebetulan bas berhenti rehat di Perhentian Merapoh.Beberapa penumpang turun untuk makan,solat isyak dan sebagainya.Alia melangkah seakan x bermaya mencari surau untuk solat isyak serta solat tahajud.Hampir 2 minggu Alia tidak menjamah nasi.Dia benar-benar kecewa sampai rela mendera tubuhnya sendiri.Jam sudah pun menunjukkan 1.30 pagi..

‘Ya Allah..Aku memohon padamu panjangkanlah umur ayahku Ya ALLAH..Berikanlah aku kesempatan untuk memohon ampun padanya Ya Rabb.Aku hambamu yang berdosa.Tenangkanlah hati ku serta lapangkan hati ku Ya Rabb.Buangkanlah segala kenangan silamku Ya Allah.Aku bertaubat kepadaMu.Sesungguhnya Kau yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih’

Usai Alia mengaminkan doanya talifonnya bergetar lagi.Satu pesanan ringkas masuk ke inbox talifonnya.Mesej dari Shafi.

‘Oi perempuan..Asal dengan ko hah!Ko jangan nak menyibuk hubungan aku dengan Sofea.Ko tu perempuan murahan.Pujuk sikit dah cair.Ko jangan nak cari aku lagi lepas ni.Aku dah malas nak layan perempuan macam ko ni.Dasar perempuan murahan!’

‘Ya Allah...Ujian mu datang bertubi-tubi.Rasanya aku tak sanggup untuk menerima gelaran ini.Mahkota yang ku pertahankan ini xpernah dinodai..Ya ALLAH..mungkin juga patut aku mendapat gelaran ini.Tangan ku ini kotor dicemari..Bukan babi.Bukan jua najis babi.Tapi lebih teruk dari ini.Tubuh ini senang saja dirangkuli..Bibir ini apatah lagi..!!Ya Allah ampuni dosa aku Ya Allah..Jauhkan aku dari fitnah dunia.Jagalah aib ku Ya Allah.Aku bertaubat padamu Ya Rabbi..Janganlah Kau paparkan dosaku di Padang Masyar nanti.Tak sanggup aku melihatnya nanti..’

Shafi sendiri seakan hilang kawalan diri.Rindu mencengkam dirinya.Dia merindui Alia.Dia Masih sayangkan Alia.Sengaja dia menghantar pesanan ringkas yang semampunya boleh menyakitkan hati Alia.Dia ingin kembali kepada Alia.Tapi Alia menolak mentah2..Alia serik.!Cinta manusia hanya membuatkan dia lebih menderita.Cukuplah hatinya dicarik2...Cukuplah hatinya terluka…

Dia bersyukur Allah masih lagi menyayangi dirinya…

*****************************

Jam 5 pagi Lia sampai di perhentian Bus kota Bharu.Abang Long nya menanti bersama seorang kakaknya,Kak Salmi.Dia menyalami abang long dan kak Salmi.Kak Salmi memberitahu ayahnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.Abang Long terus membawa Alia ke HUSM,Kubang Kerian.Sejurus sampai di Hospital,Alia terus menuju ke unit ICU.Melihat wayar yang sambung menyambung airmata Alia jatuh berguguran.Tak sanggup Alia melihat ayahnya yang sedang bertarung nyawa.

"Liiiiaaaaaaa…….”Lemah kedengaran suara Pak Hamid..

“Ayah..Ampunkan Lia ayah..Ampunkan Lia Ayah…”

“Innalillahiwainailahirajium….”Dr Hakim menutupi sekujur jasad yang lemah itu..

“Ayah!Jangan tinggalkan Lia Ayah..Ampunkan dosa Lia Ayah….!!!..Ayah!!!!!!!!!!”

“Lia..Allah lebih sayangkan Ayah..”Ibu memeluk Alia cuba untuk menenangkan anak bongsu kemanjaan suami tercinta..

****************************************************

“Alia! I rasa kat sini jer hubungan kita.I muak dah dengan tingkah U.Perangai U..U perempuan murahan..!!!”Shafi seakan berlagak tenang.Dia juga hairan dimana kekuatan yang dia dapat untuk menuturkan kata2 yang cukup menghiris hati seorang perempuan.Mungkin juga kerna Sofea ada di sampingnya..

“Abang!Apa semua ni..”Air mata Alia berguguran..Tidak pernah dia menyangka pertemuan yang diaturkan oleh Shafi membuahkan gugusan manik2 airmata..Dia tunduk malu bila dicaci sebegitu.Salah dia juga.Dia yang merelakan segalanya terjadi.Bukan paksaan!Tapi kerelaan atas nama kerna cinta yang diagung2kan.. walau mahkotanya dapat dipertahankan,dia rasa malu.Rasa berdosa.Rasa jijik dengan dirinya sendiri.

“Hey Pompuan!Ko sedar lah sikit ko 2 sape.Cuba ko cermin sikit muka ko 2.Cantik ke..Aku rasa aku jauh lagi cantik.Heh!Tengok sini lah pompuan!”Sofea bertindak agresif.Di tarik tudung Alia.Dipalingkan muka Alia ke arah mukanya.Sudah lama dia berdendam dengan Alia.Perampas Shafi!

“Heh!Engkau tu perempuan murahan. Dasar perempuan murahan.Heh!Aku rasa ko lagi bagus jadi GRO kat kelab2 malam kat Bangsar tu.Tu pon kalu ramai yang nak ngap engkau.Tapi….Aku rasa sapalah yang nak kau kan..Euuuuw…Aku tengok pon geli..Ergh,,Nak muntah..Wek!!”Sofea bermati-matian menghina Alia tanpa sedikit belas simpati.Di ludahnya ke muka Alia,..Shafi tersenyum puas melihat Alia diperlakukan seperti itu.Dia puas.Dendam nya terbalas..Dia menaruh dendam terhadap Alia bila melihat Alia berjalan dengan seorang lelaki di Berjaya Times Square tempoh hari.Walhal Alia beramai2 bersama kawan-kawan sepengajiannya.

Alia menangis sekuat hati.Inilah penangan cinta yang diagungkan.Dia pasrah..

Kepada siapa perlu aku persalahkan semua ini..

Bukankah salah aku sendiri…??

Aku yang mendamba kasih dianggap abadi!!

Tapi penuh luka di hati..

Aku yang mendamba kasih dianggap sejati!!

Tapi penuh ranjau duri..

Salah aku sendiri!!

x akur pada janji Illahi..

CintaNYA cinta sejati!!!

CintaNYA cinta hakiki!!!

DIA yang Maha Mengetahui!!

Apa yang terbaik buat seorang abdi…

Monolog Alia…

“Assalamualaikum ya Alia…”Lynn menyapa Alia yang kelihatan termenung memandang keindahan Sg Nil..

“Ya Allah..Astagfirullahalazim..Maafkan ana..Waalaikumusalam”Alia terkejut dari lamunannya..Kenangan lama masih lagi bermain2 di benaknya.Cepat2 Alia menyeka saki air mata .Agar Lynn tidak menyedari airmata yang berguguran itu..

“Jauh anti termenung…Ingat ibunda di kampungkah??Atau anti ada apa2 masalah..Kalau tak keberatan boleh berkongsi dengan ana..InsyaAllah,kalau ana mampu membantu sudah pasti ana bantu anti..”

“Syukran ya ukhti..Ana baik2 saja,..Sudah pasti ana rindu ibunda serta keluarga di Malaysia..Ana merasa tenang disini..Sungai Nil ini benar2 memberi ketenangan buat ana.Syukur kepada Allah dengan segala nikmat kurniaanNYA.Pertama kali ana berpijak di bumi anbiya ini hati ini seakan jatuh cinta pandang pertama..Sungguh Indah ciptaan Allah S.W.T..”

“Benar Aisya..Cantik bumi anbiya ini..Oh ya Lia.Tahniah!Ana doakan anti akan menjadi isteri solehah.Ustaz Adam itu baik orangnya.Baik agamanya.”

“Terima kasih ukhti..Rasanya ana tak layak untuk menjadi suri dalam hidupnya..Banyak kesilapan ana di masa lalu ya ukhti..Ana hamba ALLAH yang hanya ingin merebut mardothillahNya..Ingin mencari ketenangan.. ”,Aisya seakan merendah diri sambil dibetulkan niqob yang menutupi mukanya..

“Jangan berkata begitu Ya Aisya.Kita sama-samalah berdoa kepada Illahi.Dia Maha Pengampun.Maha menerima taubat.Sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan..Pengampunannya tidak terhingga..Kasih sayangNya mendahului kemungkaranNya”Lynn menutur kata dengan selembut bicara.Dia juga turut melafazkan kalimah suci ayat2 alQuran..Potongan ayat alBaqarah menjadi pilihannya..


“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hitung kami sebagai bersalah, jika kami lupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap mereka yang kufur terhadap-Mu” [al-Baqarah 2: 286]

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.