Friday, November 5, 2010

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

Sabar dan syukur. Dua elemen yang cukup penting dalam kehidupan kita. Tapi seringkali kita terlupa.
Syukur itu biasanya terucap bilamana kita dapat apa yang kita inginkin. Sedangkan nikmat Allah itu datang setiap ketika. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Hari ini kita bicara tentang perjuangan. Perjuangan itu tidak mudah. Tapi bukanlah susah. Perjuangan menuntut kepada pengorbanan dan usaha yang berterusan. Perjuangan bukan untuk semua orang. Ianya khusus untuk mereka yang ingin berjuang!
"Tension seh...buat program orang tak datang..."
Keluhan yang sentiasa kedengaran. Kadang-kadang rasa kecewa melanda jiwa. Mana tidaknya, masa dan tenaga yang dicurahkan semacam sia-sia. Tidak ada hasil. Tidak balik modal kata orang.
Tapi duhai sahabatku, usaha dan tenaga kamu bukanlah sia-sia. Ada harga di sisi Allah s.w.t. Hidayah itu milik Allah s.w.t. Ingatkah kita akan bapa saudara Nabi yang matinya dalam kekafiran. Doalah dan terus istiqamah dalam perjuangan.
"Islam itu perjuangan...buka mata dan terus berjuang"
"Jangan lemah semangat!"
Dua amanat yang ku pegang erat. Kata-kata azimat dari Tuan Guru Nik Aziz yang padaku cukup bermakna. Seorang yang mewakafkan hidupnya kepada perjuangan sepenuhnya. Hari cuti,hari orang berehat bersama keluarga, tapi Tuan Guru tetap ingin bertemu rakyat jelata, mengajarkan ilmu demi Islam yang tercinta. MasyaAllah. Terima kasih Tuan Guru. Semoga Allah merahmatimu.
"Sesuatu yang bernilai pasti mahal harganya. Maka harga syurga itu bukan murah syeikh. Orang cakap nak masuk syurga, tapi usaha takde. Tak pelik. Ramai orang mengidam nak beli kereta mewah-mewah, tapi usaha takde. Cakap kosong je. Last-last...pakai kereta second hand je"
Demikian peringatan kepada ku. Dalam maknanya. Cantik untuk direnung bersama.
Hidup ini ada dua pilihan; Syurga atau Neraka. Jika kita pilih Syurga, kita lepaskan Neraka. Tapi jika kita pilih Neraka, kita lepaskan Syurga. Nauzubillah.
Mahu tidak mahu, pilihan mesti dibuat, dan kitalah yang membuat pilihan itu. Yang mana satu idaman kalbu? =)

IMAM DAN 20 SEN

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

KENAPA DERHAKAI IBU

Aku senang melihat Bonda didepan matakuAku gembira duduk disampingnya tanpa berkata apapunBerada dekatnya, sudah cukup rahmat Allah melimpah
Namun, dari kejauhan aku melihatSeorang anak, dengan lantang meninggikan suara dihadapan ibunya
Aku tidak betahIngin sahaja aku memberikan buah pukul kepada anak tersebutNamun, Islam tidak ajar cara begituAku orang Islam, tidak boleh ikut nafsu semata
Aku melangkah ke arah ibu tua ituDia merintih, menangis diperlakukan sedemikian
Kenapa Wahai Ibu Tua?Anak aku tidak terima aku yang miskin hinaSebab itu dia menghalau aku jauh dari hidupnya
Allahuakbar.
Wahai anak yang sudah besar panjangSyaitan apakah yang merasuk fikiranmuSehinggakan ibu yang banyak berjasa ituKau tendang jauh dari hidupmu
Apa jiwamu sudah besar berdepan dengan api neraka?
Kenapa pada ibumu kau lemparkan derhakaApa kau sudah lupa segala makan minum muSiapa yang bersusah payah memikirkan dan menyediakanKau sudah lupa siapa?
Kau sudah lupa pada ayat iniAyat cinta dari AllahPada ayat 17 surah al-Ahqaf
Aku sayang pada ibumu yang tua ituDia insan mulia lagi berbudiDan aku sangat kasihan padamuApakah hari esok kau masih menyedari kesilapanmu
Kenapa kau derhakai ibu tua ituApakah kerana engkau malu punya ibu seperti ituTua, miskin dan tidak setaraf denganmu.Haha. Kau lupa, kau lagi hina
Aku menangis. Menangis kerana manusia seperti kauYang sanggup memperlakukan ibumu seperti itu
Kunci syurga bagimu, Allah sudah berikannya kepada ibumuEngkau sudah buang ibumuMaka dapatkah lagi engkau untuk memasuki syurgaItu, pada ibumu yang kau katakan hinaAda kunci di sana
Kenapa derhakai IbuCintailahi.com
Kembalilah kepadanyaKucup kedua belah kakinyaSebelum kau terlambat melakukannyaWahai anak dirasuk syaitan
Kenapa diderhakai IbuSedangkan kau punya jiwa yang kecil!