Sunday, February 12, 2012

Apakah Syahadah Al HaQ dan Kaitannya Dengan Kita???

Syahadah
Saya tertarik dengan artikel seorang sahabat  saya yang amat saya segani kepimpinannya tentang Syahadah Al Haq dan pelopornya Syeikh Abul A'la Al Maududi. ya memang benar mengikut kata beliau kita sering terkeliru dengan ucapan syahadah ini. Ucapannya sangat simple, mudah di sebut di mulut kita tetapi amat berat di sisi ALLAH. Buktinya? 
                          1. Syahadah ini merupakan perkara pertama dalam rukun islam
                          2. individu yang ingin memeluk islam perlu melafazkan kalimah ini.
Dua bukti ini sudah cukup untuk membuktikan betapa pentingnya kalimah ini di sisi Islam.Apakah itu Syahadah? Syahadah merupakan Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan 
Muhammad Adalah Utusan Allah di samping itu juga ianya merupaka satu semboyan kepada semua umat ISlam ke arah berdakwah. Bagaimana dengan hanya kalimah ini boleh menyebabkan umat Islam boleh merasakan kekuatan berdakwah?? Itu yang akan di kupas di sini.


Persoalan yang akan saya timbulkan di sini, adakah dengan mendirikan solat, berpuasa, dan ibadah lain sudah mencukupi untuk kita memahami makna syahadah itu sendiri? Dan apaka motifnya syahadah itu diletakkan sebagai tempat pertama dalam rukun islam??


Jawapannya, apabila syahadah ini betul betul difahami dan di hadam di dalam akal setiap  insan maka setiap rukun yang disebut selepas itu, akan dilakukan dengan bersungguh sungguh dan penuh khusyuk.Apabila lafaz syahad itu, disebut, sedarlah wahai kawan kawan bahawa tanggungjawab besar telahpun ALLAh letakkan di atas bahu kita. ini berdasarkan firman ALLAh dalam surah Al Baqarah ayat 30 yang mana telah ALLAh nyatakan yang DIA ingin menjadikan di muka bumi ini KHALIFAH. Siapakah khalifah yang ALLAH sebutkan di kalangan malaikat itu?? Kita lah!! betapa agungnya martabat kita sehungga disebut oleh ALLAH nama kita di kalangan para malaikat!


Itulah satu tanggungjawab besar yang ALLAH berikan untuk kita untuk menjadi khalifah. Khalifah untuk negara, negeri, daerah, keluarga, dan yang paling pentung untuk diri sendiri.


Sahabat,

Kitab suci yang mulia telah mengingatkan kamu bahawa Allah Taala yang memiliki nama-nama yang 
suci telah meletakkan kamu sebagai satu ummah perantara. Malah Allah memilih kamu bukan umatumat yang lain supaya kamu melaksanakan segala hak syahadah ini. Hak syahadah ini perlu 
dilaksanakan dengan cara kamu menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia, melalui 
amalan soleh yang kamu lakukan, melalui akhlak terpuji yang kamu miliki serta melalui pemerintahan 
kamu yang adil dan betul supaya pada hari di  mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian 
mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa 
dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka. Allah Taala 
berfirman: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu 
(wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi 
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) 
pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143) 
Kamu sendiri pun tahu apakah hukuman Allah buat mereka yang menyembunyikan syahadah ini ketika di dunia, Lihat sahaja kaum Yahudi yang pernah ALLAH bagi takhta syahadah itu, dan mereka menyembunyikan syahadah itu, berlaku zalim kepada diri mereka sehingga ALLAH tarik balik nikmat syahadah itu, sehingga jadilah mereka seperti sekarang, kaum yang dilaknat setiap hari. 


Pembahagian Syahadah



Syahadah Perkataan
Syahadah dalam bentuk perkataan ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran 
yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi dan para rasul. Kita jelaskan kepada 
mereka menggunakan lisan dan pena atau apa sahaja cara dakwah dan sebaran menggunakan media 
cetak atau radio atau apa sahaja ciptaan manusia di kurun ke dua puluh ini yang boleh kita manfaatkan. 
Kita boleh gunakan segala cara ini dengan bantuan segala ilmu, teknik dan teori yang lama dan moden 
yang telah dihasilkan melalui kajian dan analisa manusia. Setelah itu kita kemukakan dakwah ini kepada 
seluruh manusia. Kita perkenalkan agama yang telah Allah pilih sebagai agama (cara hidup yang 
lengkap) untuk seluruh manusia. Kita huraikan kepada seluruh manusia tentang ajaran agama yang 
benar ini. Kita bentangkan kepada mereka tentang ajaran dan pedoman agama ini dengan tujuan 
mengajar manusia seluruh sistem hidup ini yang terdiri daripada akidah, prinsip, akhlak, tamadun, 
kehidupan bermasyarakat termasuk semua undang-undang dan langkah-langkah berbentuk amali 
dalam aspek ekonomi, urusniaga, kehakiman, undang-undang dalam negeri, dasar am, pentadbiran dan 
semua perkara yang membabitkan masalah yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan mereka. Kita 
bentangkan semua perkara ini dengan disokong oleh hujah dan bukti. Kita buktikan bahawa semua ini 
adalah betul dan tepat berdasarkan keterangan dan bukti. Di samping itu, kita mengkritik segala teori 
dan ideologi yang bercanggah dengan kebenaran ini dengan kritikan yang jujur berlandaskan teori-teori 
ilmu dan kajian agar tidak timbul lagi sebarang keraguan dan segala kebenaran akan jelas terpampang. 
Namun demikian perlu diingat syahadah dalam bentuk  perkataan ini tidak akan dapat direalisasikan 
atau dapat terlaksana melainkan jika seluruh umat ini saling bekerjasama merealisasikannya. Seluruh 
umat ini mestilah bergabung untuk membimbing seluruh manusia dan memimpin mereka dan 
menjadikan kebenaran ini sebagai matlamat hidup mereka, menjadikan kebenaran ini satu-satunya 
tumpuan yang tidak pernah lekang daripada ingatan mereka seperti yang telah dilakukan oleh para nabi 
ketika melaksanakan tanggungjawab mereka yang tidak pernah alpa untuk membimbing manusia walau 
sekelip mata. Dalam melaksanakan kewajipan ini adalah perlu langkah ini menjadi paksi yang 
memusatkan seluruh usaha dan seluruh tindak-tanduk kita. Langkah ini perlu menjadi fokus yang 
menggemblengkan seluruh kekuatan moral, fizikal dan material yang kita miliki. Langkah ini juga perlu 
menjadi objektif atau matlamat utama kita dalam apa jua kerja dan usaha yang kita lakukan. Namun jika 
wujud di kalangan kita mereka yang dengan jelas melaungkan kesesatan dan menentang kebenaran, ia 
merupakan suatu keadaan yang tidak dapat diterima oleh sebuah masyarakat yang menjadikan 
Syahadah Al-Haq ini sebagai satu-satunya fokus dan tumpuan mereka, jika benar masyarakat itu jujur 
dengan dakwaan mereka. 
Syahadah Perbuatan
Syahadah dalam bentuk perbuatan pula bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin 
yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan. Dalam melaksanakan kewajipan 
ini sebenarnya ia tidak cukup dengan hanya  kita memperdengarkannya kepada manusia dan 
menyebutnya dengan memuji serta mengagung-agungkannya. Sebenarnya apa yang dapat 
mempengaruhi dan memikat jiwa manusia ialah apabila mereka melihat dengan mata mereka sendiri 
kebaikan ajaran agama ini yang sering kita perkatakan dan kita tonjolkan melalui perbuatan kita 
sepanjang hidup kita. Apa yang dapat menarik manusia supaya menerima dakwah ini ialah apabila 
mereka dapat rasakan melalui pergaulan mereka dengan kita, suatu nilai akhlak dan amanah yang 
disemai oleh iman di dalam hati pemiliknya. Nilai-nilai ini akan membesar dan membuahkan hasil. 
Mereka dapat melihat sendiri dengan mata mereka contoh-contoh manusia soleh yang dilahir dan 
dididik oleh agama ini. Mereka dapat melihat sebuah masyarakat yang adil dan melaksanakan segala 
prinsip agama ini. Inilah caranya bagaimana manusia akan tertarik untuk berada di bawah bumbung 
agama yang benar ini. Mereka akan bernaung di bawah satu panji jika mereka dapat melihat sebuah 
masyarakat yang soleh dan suatu budaya yang murni terpampang di hadapan mata mereka. Mereka 
dapat lihat bagaimana elemen budaya, ilmu dan seni berkembang di dalam persekitaran masyarakat ini 
dengan berlandaskan prinsip Islam yang sejati dan abadi. Mereka dapat melihat bagaimana wujudnya 
suatu sistem ekonomi yang adil dan bersih daripada  segala percakaran dan manipulasi yang kejam. 
Malahan manusia secara semulajadinya akan tertarik untuk berada di bawah lembayung agama ini 
apabila mereka melihat sendiri bagaimana masyarakat yang berada di bawah naungan lembayung ini 
(lembayung agama). Di mana setiap sudut hidup mereka baik bersifat individu mahupun masyarakat 
semuanya berlandaskan akhlak yang mulia dan membawa kebaikan untuk seluruh bangsa manusia. 
Inilah yang dikatakan sebagai syahadah dalam bentuk perbuatan dan inilah ciri-cirinya. Jelas di sini, 
syahadah ini tidak mungkin dapat dilaksanakan melainkan setelah kita, sebagai individu atau 
masyarakat menjadikan diri kita sebagai contoh yang jelas kepada agama kebenaran yang kita 
laungkan ini, dalam bentuk perbuatan, dalam bentuk yang dapat dilihat kesannya dalam dunia realiti. Ini 
dapat dilakukan apabila amalan setiap individu ummah ini menjadi saksi kepada kebenaran dakwah ini 
dan akhlak mereka menjadi saksi kepada kemurnian dakwah ini. Setiap rumah kita diwarnai oleh ajaran 
agama yang agung ini. Setiap gedung perniagaan dan setiap kilang kita disinari sinar hidayahnya. 
Setiap sekolah dan setiap institusi pengajiannya diterangi oleh cahayanya yang bergemerlapan. Setiap 
hasil sastera dan setiap akhbar kita menjadi wacana yang mengungkapkan keindahannya dan menjadi lidah yang mematikan hujah sesiapa sahaja yang cuba menolak kebenarannya. Demikian juga dengan 
dasar negara dan budaya masyarakat kita, seluruhnya menjadi contoh jelas kepada jalan lurus yang kita 
lalui, jalan yang kita mahu supaya seluruh manusia melaluinya dan bersama dengan prinsipnya.




Realiti Kita di Zaman Ini



Syahadah dalam bentuk perkataan dan perbuatan yang perlu kita laksanakan ini adalah semata-mata 
kerana kedudukan kita sebagai orang Islam dan orang yang beriman dengan Allah, orang yang bangga 
dengan Islam dan iman. Saudara, marilah bersama saya untuk melihat dengan lebih mendalam, apakah 
kita benar-benar telah melaksanakan tanggungjawab yang besar ini? Kita mulakan dengan syahadah 
dalam bentuk perkataan. Jika anda perhatikan keadaan umat Islam hari ini dan anda paparkan akhlak 
dan tingkah laku mereka, anda pasti akan dapati bahawa mereka yang mengaku sebagai Islam melalui 
lidah dan pena mereka, sama ada sebagai individu atau sebagai sebuah masyarakat sebenarnya amat 
sedikit. Sementara mereka yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab syahadah ini seperti yang 
diperintahkan oleh Allah dan rasulNya boleh dibilang dengan jari. Jika anda kecualikan jumlah yang 
sedikit ini anda akan lihat umat Islam yang mengaku sebagai Islam melalui lidah mereka sebenarnya 
telah mencemar nama baik agama ini di hadapan jiran mereka yang berlainan agama dan negara 
kerana akhlak mereka yang buruk dan tingkah laku mereka yang tidak senonoh. 
Jika kita lihat sekarang ramai pihak yang membantah apbila hukum ALLAH nak dijalankan. Katanya  langgar constitution la, kita tak mampu lagi la dan yang lebih sadis mengatakan hukum ALLAH ini tidak benar kerana tidak tahu mana sumbernya. Mereka mengatakan hukum manusia lebih tepat kerana hanya manusia yang memahami manusia. Sungguh dangkal pemikiran mereka. Cuba bayangkan jika sebuah kereta rosak, adakah kereta lain akan datang membantu untuk membetulkan kembali keretra itu, sudah tentu tidak kerana yang akan membetulkan kereta itu adalah penciptanya iaitu manusia, begitu la kita sekarang tidaj mungkin hukum yang dibuat oleh manusia dapat memberi kemaslahatan, bahkan akan menambahkan fasad di muka bumi ini, antara hukum manusia yang telah dijalankan dan menyebabkan bertambah tambah fasad itu adalah apabila berlakunya kes bunuh, ada yang dipenjara setahun,  dua tahun, berpuluh tahun, ini menunjukkan ketidak adilan kerana yang dibunuh itu semuanya manusia, kenapa dibeza beza kan? akan bertambah lagi masalah apabila kes itu berprofil tinggi apabila melibatkan orang orang besar, tidak dapat tidak, pasti akan berlakunya rasuah dan korupsi yang menyebabkan berlaku ketidak telusan sesebuah sistem itu.


Yang paling penting apabila syahadah ini difahami dan digunakan seratus peratus maka akan harmonilah hidup semua makhluk ini, jalankanlah hukum ALLAH nescaya aman negara,perbaikilah diri sendiri dan keluarga dulu barulah nak perbaiki negara, transformasikan diri dan isteri tu dulu, barulah negara boleh transform kepada yang lebih baik, tp nak transform negara, istri tu pun x transform, balik haji pun sama, pegi majlis tilawah pun sama, gi majlis maulid nabi pun sama je, menunjukkan aurat kepada orang ramai, macam mane seorang suami yang gagal mendidikm istri ni akan berjaya mendidik negara dan menaikkan taraf negara?? renung renungkan...

No comments:

Post a Comment